Friday, January 4, 2013

Better late than never??


Pelajar-pelajar Universiti Al-Fateh sedang menghadapi musim peperiksaan. Khalid baru pulang dari library. Setibanya di bilik, terlihatkan sahabatnya Umar yang masih belum tidur beliau menegur.

"Eh! Umar, tengah buat apa belum tidur lagi?" 

"Tengah study lusa aku ada paper." balas Umar ringkas tidak berniat untuk memanjangkan cerita. 

"Study-study pun sempat lagi ber'fb' ea Umar," giat Khalid.

"Ala, kalau asyik study pun stress jugak. Aku buka kejap-kejap je ni hilangkan stress mengadap buku lama-lama."

Khalid kemudian beransur ke biliknya. Jarum jam sudah bergerak ke angka 11 menandakan ketika itu suasana di kediaman Universiti Al-Fateh sudah tiba tepat pukul 11 malam.

Khalid sedang memasukkan buku-buku nota dan sebatang berus gigi beserta ubat gigi ke dalam beg kecil beliau. Setelah selesai beliau kembali ke bilik Umar.

"Umar, jom qiyam kat Surau Farouq malam ni." bersinar-sinar air muka Khalid menantikan jawapan positif daripada Umar.

"Ala, tak sempat la. Kalo aku gi qiyam tu nanti masa bila aku nak study. Banyak chapter lagi tak habis ni." Umar memberikan alasan.

Khalid melemparkan senyuman sambil membalas, "xpe, kau bawa la benda-benda yang kau nak study tu ke surau. Kat sana boleh study jugak. Lagipun qiyam tu kejap je. Kita tidur awal then kita bangun awal solat sunat kejap then bolehlah kita sambung study."

"Malaslah aku, lain kali la. nanti tak terkejar pulak chapter-chapter yang melambak ni. Lagi bertambah stress aku"

"Hmm, sebab aku nak bagi kau hilang stress la aku ajak kau qiyam ni. In sya Allah aku jamin hasil yang kau dapat ni lagi hebat daripada kau cuba hilangkan stress kau dengan ber'fb'. Lagipun benda baik rugi tangguh-tangguh. Mana tau ni malam last Allah bagi pinjam nyawa kat kita kan" tutur Khalid sambil menepuk lembut bahu Umar dan kemudian tersenyum.

"Ni kau nak sindir aku ke ape ni Lid. Relax la better late than never kot. Kalau tak malam ni, malam esok aku leh agi nak qiyam."

"Aku tak sindir pun. Ok, biar aku tanya kau, sepanjang kau duduk di bilik ni, mana banyak masa yang kau habiskan untuk study dengan masa kau gunakan untuk ber'fb'? Aku tau ber'fb' tak salah. Tapi kalau dah sampai melalaikan kita dari tanggungjawab kita itu yang jadi salah. Betul tak? Dan satu lagi kau boleh jamin ke yang kita boleh hidup sampai esok. Tak kan?" Khalid sengaja melontarkan soalan untuk membuatkan Umar berfikir.

Umar terdiam sejenak. 

"Aah, betul juga kata Khalid. Aku rasa dah 3 jam aku mengadap buku ni tapi 1 chapter pun tak habis lagi. Ish, menyesal pulak aku buka fb. Dari niat sekadar tengok-tengok terus tersangkut. Lagi baik aku amek masa buat solat sunat, mana tau lagi terang hati aku nak study nanti kan. " desis hati kecil Umar.

"Patut la dari tadi aku duk ngadap chapter sama je tak gerak-gerak. Ok lah, jom kita gerak p surau. Terima kasih Khalid sebab sudi sedarkan aku." tutur Umar perlahan.

"Alhamdulillah, aku tak buat pape pun la. Ternyata Allah itu sayang pada kamu Umar. Digeraknya hati aku untuk ajak ko qiam bersama." balas Khalid untuk menaikkan semangat Umar.

"Alhamdulillah, ternyata Allah sayang akan aku. Dan aku sayang akan kau Khalid. Lillahi Taala!"

"Ha, dah dah, jom kita gerak. Kang lain jadi bila duk main feeling-feeling ni." giat Khalid sekadar menceriakan suasana.

***


P/s: Jom sama-sama tajdid niat SEKARANG! takmau tangguh-tangguh. Lakukan perubahan dan pengislahan ok! ^^

"The man that decided to change on the 12th hour dies on the 11th."
-Hlovate-

No comments:

Post a Comment