Wednesday, January 2, 2013

Priceless Beloved




Sungguh masa baik yang telah berlalu tiada dapat untuk ku pinta agar dapat ku berpatah kembali. Akan tapi aku mampu untuk berdoa untuk ku pinta agar masa yang baik itu tiba lagi.

Ya Allah, Kau yang memegang hati-hati kami, moga Kau cucuri rahmat atas perkenalan kami.

Ya Allah, Kau yang memegang hati kami, moga Kau cucuri rahmat atas persahabatan kami.

Ya Allah, Kau yang memegang hati kami, moga Kau cucuri rahmat atas perpisahan kami.

Ya Allah, Kau yang memegang hati kami, moga Kau pelihara kami dari fitnah dunia, moga Kau pelihara kami dari kejahatan nafsu dalam diri kami, moga Kau pelihara kami dari sebarang anasir yang dapat memecahbelahkan kami.

Ya Allah, Kau yang memegang hati kami, moga Kau pegang hati-hati kami agar sentiasa bertaqwa kepadaMu, agar bersatu dalam rahmatMu, agar berkasih-sayang keranaMu, agar berukhuwah keranaMu.

Kerana apa?


Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).

[Az-Zukhruf, 43:67]

Hanya taqwa yang dapat menyelamatkan tiap persahabatan, tiap ukhuwah yang terbina. Hanya dengan taqwa yang benar-benar ikhlas demiNya akan memastikan cinta kita terus hingga ke syurga. Dan hanya taqwa yang sejati yang akan memberikan kekuatan untuk sentiasa seiring berganding dalam usaha untuk ke sana. Ke mana? Ya, ke syurgaNya. Yang mana terjatuh kita papah kembali untuk seiring bersama.



No comments:

Post a Comment