Wednesday, October 9, 2013

How to suicide??

Despite of being a muslim, i've been thinking of to have a suicide. Not only once, twice or thrice. But thousands of times. What a shame.
Indeed alhamdulillah i am still alive as i've been writing this post.
Having this feeling indeed make me learn something;
I'm still alive today coz it is not my time yet to die particularly.
I'm still alive today coz i've been thinking of that a suicider won't enter jannah at all cost. Such a waste to have a miserable life in dunya and still you're going to have a miserable life in akhirah; the 'alam that ever lasting. Right?
I'm still alive today because the mercy of Allah to give me a chance to repent at all cost.
I'm still alive today because to write this post so that any muslims who got any idea to have suicide to actually read this post before.
Allahu a'lam. May Allah forgive and give me strength to standstill in His path.
#Firman Allah dalam  Al-Quran, An-Nisaa berkata: "Dan janganlah kamu bunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu." (4:29) #
Indeed Allah loves you. So don't simply give up and keep still on your track! Allahu mustaan. May Allah helps.

Tuesday, October 8, 2013

Trauma

Aku hidup dalam trauma.

Trauma ini yang menetapkan aku di alam mimpi dan fantasi.

Trauma ini yang mengekang aku dari bangkit ke alam realiti.

Ya Tuhan,
Kurniakanlah daku kekuatan.
Kekuatan untuk memaafkan.
Kekuatan untuk menghapuskan dendam.

Ya Tuhan,
Kurniakanlah daku penawar.
Penawar dari segala kedukaan.
Penawar dari segala kelukaan.

Ya Tuhan,
Sembuhkanlah hati ini.
Agar bisa ku berdepan dengan kehidupan.
Dan bukan lagi dalam khayalan.

Ya Tuhan,
Hanya padaMu sumber kekuatan.
Ku pohon keizinan.
Dikurniakan kekuatan.
Untuk bangkit menelusuri kehidupan.
Untuk mencapai redhaMu, ya Tuhan.

Ya Tuhan,
Ku pohon padaMu keampunan.
Dari dosa-dosa yang mengekang hubunganku denganMu, ya Tuhan.
Dari dosa-dosa yang mengekang aku dari melihat kebaikan.
Dalam diri sendiri maupun yang lain.

Amin, amin, amin ya rabb.

Monday, June 17, 2013

Allah tempat ku mengadu

Semakin lama ku diizinkan Allah untuk bernafas di muka bumi,

semakin hilang rasa percaya terhadap manusia di sekelilingku,

aku ibarat boneka,
yang di hadapan manusia senyum dan tertawa,
tapi di belakang berduka menangis hiba.

di kala titisan jernih bertakung di kelopak mata,
hanya Allah jualah saksi takungan itu melimpah.

tidak punya siapa untuk ku mengadu,
hanya aku dan Dia jualah tempat ku berteleku.

hati penuh luka,
luka yang merobek jiwa,
ditikam oleh manusia yang ku percaya.

dunia ini penuh derita,
entah di akhirat bagaimana pula,
sungguh aku takut untuk terus di sini dan juga untuk ke sana,
kerana ku tahu di sini ku tak punya siapa-siapa,
dan untuk ke sana ku belum bersiap-sedia.

apakah derita ini harga yang perlu ku tebus untuk maksiat dulu dan kini?

jika benar ternyatalah aku dalam golongan mereka yang rugi.

aku cemburu melihat mereka yang hidup bahagia,
tapi ku tahu mereka memang layak untuk mendapatkannya.

usaha ku sedikit,
akan tapi impianku membukit.

siapa aku,
aku manusia yang keliru...

Friday, March 1, 2013

Cinta?

Bismillah,

Alhamdulillah untuk akal kurniaan Ilahi diizinkan untuk mencerna idea menggarap sebuah lagi kisah kala ini

Cinta?

Satu topik yang ku kira pada asalnya takkan pernah ku sentuh kerana. "im too old for it". Itu alasannya.

Apabila dua.jiwa sudah mempunyai satu rasa, cintakah itu?

Tidak tergamak untuk diriku menamakan ianya sebuah cinta. Kerna cinta bagi ku hanya untuk yang teragung ya ILahi.

Adapun rasa antara manusia itu bisa ku panggil ianya sebagai fitrah. Yang mana manusia akan melaluinya dalam kehidupan dengan izin Allah.

Bila.dua jiwa punya satu rasa, syaitan dan iblis akan mula mengasah mata jarumnya, untuk membolehkan apa yang haram menjadi halal di mata manusia.

Walaupun dua jiwa sudah punya rasa, selagi akad belum terlaksana, kita masih dua manusia yang berbeza.

Maka, peliharalah hubungan diri masing2 dengan mengakrabkan lagi diri pada Ilahi.

Moga dengan itu bisa Allah perkenankan untuk menjaga, dan memelihara hubungan kita agar senantiasa terjaga hingga tiba masanya.

Bila dua jiwa punya satu rasa, berkomunikasi juga sudah menjadi tidak.selesa seperti biasa.

Adapun nukilan-nukilan di sini, kujadikan medium untuk berkomunikasi,
Supaya diri lebih terjaga rapi,
Supaya nafsu tidak melonjak berapi.

~Ya Allah, ku pohon keberkatan hidupku, ku pohon keberkatan rezeki yang Kau kurnia, ku pohon keberkatan dalam umurku ya Allah.

Kau peliharalah aku, dia dan kamu agar sentiasa dalam rahmatMu, dalam jagaanMu, dan dalam kelautan maghfirah dariMu~

Sekian,
insan yang mengharap rahmat Allah

Sunday, January 6, 2013

Aku manusia hina

Ya, aku manusia hina.

Namaku manusia.

Lahirnya aku ke dunia daripada gabungan air mani.

Terjadinya kulit ku daripada tanah. Ya, tanah. Tanah yang kini aku manusia sering memijak-mijak. Ku bayangkan diriku dipijak-pijak manusia.

Terkandungnya di dalam badan ku najis. Yang ku bawa ke mana-mana.

Ternyata aku insan yang hina.

Maka siapa yang telah mengangkat darjatmu manusia?

Allah.

Ya. Allah jualah yang telah mengangkat darjatmu.

Dengan bagaimana manusia?

Ya, dengan Allah kurniakan kamu akal. Ternyata kamu lebih istimewa dari makhluk atau hidupan di sekelilingmu.

Allah jua telah mengangkat darjat bagi kau manusia yang sedang menuntut ilmu di jalan Allah. Bila mana semua hidupan turut berzikir untukmu.

Allah jua telah mengangkat darjatmu dengan mentaklifkan kamu sebagai khalifah di muka bumi ini.

Allah jua telah melindungi mu dengan menutup segala keaiban mu wahai manusia.

Nah, lihat. Kau hina. Hanya dengan izin dab kuasa Allah mampu membuat kau mulia.

Jadi masih mahu kah kau terus angkuh.

Masih mahukah kau terus ingkar dari bersujud kepada Allah.

Layakkah kau manusia untuk terus hidup selesa tanpa menghiraukan dosa-dosa mu.

Tanpa kau cuba untuk memohon keampunan daripada Allah.

Allah. Ampunilah kami manusia yang hina. Tetapkanlah kami dalam redhaMu, tetapkanlah kami dalam keimanan padaMu.

Friday, January 4, 2013

Better late than never??


Pelajar-pelajar Universiti Al-Fateh sedang menghadapi musim peperiksaan. Khalid baru pulang dari library. Setibanya di bilik, terlihatkan sahabatnya Umar yang masih belum tidur beliau menegur.

"Eh! Umar, tengah buat apa belum tidur lagi?" 

"Tengah study lusa aku ada paper." balas Umar ringkas tidak berniat untuk memanjangkan cerita. 

"Study-study pun sempat lagi ber'fb' ea Umar," giat Khalid.

"Ala, kalau asyik study pun stress jugak. Aku buka kejap-kejap je ni hilangkan stress mengadap buku lama-lama."

Khalid kemudian beransur ke biliknya. Jarum jam sudah bergerak ke angka 11 menandakan ketika itu suasana di kediaman Universiti Al-Fateh sudah tiba tepat pukul 11 malam.

Khalid sedang memasukkan buku-buku nota dan sebatang berus gigi beserta ubat gigi ke dalam beg kecil beliau. Setelah selesai beliau kembali ke bilik Umar.

"Umar, jom qiyam kat Surau Farouq malam ni." bersinar-sinar air muka Khalid menantikan jawapan positif daripada Umar.

"Ala, tak sempat la. Kalo aku gi qiyam tu nanti masa bila aku nak study. Banyak chapter lagi tak habis ni." Umar memberikan alasan.

Khalid melemparkan senyuman sambil membalas, "xpe, kau bawa la benda-benda yang kau nak study tu ke surau. Kat sana boleh study jugak. Lagipun qiyam tu kejap je. Kita tidur awal then kita bangun awal solat sunat kejap then bolehlah kita sambung study."

"Malaslah aku, lain kali la. nanti tak terkejar pulak chapter-chapter yang melambak ni. Lagi bertambah stress aku"

"Hmm, sebab aku nak bagi kau hilang stress la aku ajak kau qiyam ni. In sya Allah aku jamin hasil yang kau dapat ni lagi hebat daripada kau cuba hilangkan stress kau dengan ber'fb'. Lagipun benda baik rugi tangguh-tangguh. Mana tau ni malam last Allah bagi pinjam nyawa kat kita kan" tutur Khalid sambil menepuk lembut bahu Umar dan kemudian tersenyum.

"Ni kau nak sindir aku ke ape ni Lid. Relax la better late than never kot. Kalau tak malam ni, malam esok aku leh agi nak qiyam."

"Aku tak sindir pun. Ok, biar aku tanya kau, sepanjang kau duduk di bilik ni, mana banyak masa yang kau habiskan untuk study dengan masa kau gunakan untuk ber'fb'? Aku tau ber'fb' tak salah. Tapi kalau dah sampai melalaikan kita dari tanggungjawab kita itu yang jadi salah. Betul tak? Dan satu lagi kau boleh jamin ke yang kita boleh hidup sampai esok. Tak kan?" Khalid sengaja melontarkan soalan untuk membuatkan Umar berfikir.

Umar terdiam sejenak. 

"Aah, betul juga kata Khalid. Aku rasa dah 3 jam aku mengadap buku ni tapi 1 chapter pun tak habis lagi. Ish, menyesal pulak aku buka fb. Dari niat sekadar tengok-tengok terus tersangkut. Lagi baik aku amek masa buat solat sunat, mana tau lagi terang hati aku nak study nanti kan. " desis hati kecil Umar.

"Patut la dari tadi aku duk ngadap chapter sama je tak gerak-gerak. Ok lah, jom kita gerak p surau. Terima kasih Khalid sebab sudi sedarkan aku." tutur Umar perlahan.

"Alhamdulillah, aku tak buat pape pun la. Ternyata Allah itu sayang pada kamu Umar. Digeraknya hati aku untuk ajak ko qiam bersama." balas Khalid untuk menaikkan semangat Umar.

"Alhamdulillah, ternyata Allah sayang akan aku. Dan aku sayang akan kau Khalid. Lillahi Taala!"

"Ha, dah dah, jom kita gerak. Kang lain jadi bila duk main feeling-feeling ni." giat Khalid sekadar menceriakan suasana.

***


P/s: Jom sama-sama tajdid niat SEKARANG! takmau tangguh-tangguh. Lakukan perubahan dan pengislahan ok! ^^

"The man that decided to change on the 12th hour dies on the 11th."
-Hlovate-

Wednesday, January 2, 2013

Priceless Beloved




Sungguh masa baik yang telah berlalu tiada dapat untuk ku pinta agar dapat ku berpatah kembali. Akan tapi aku mampu untuk berdoa untuk ku pinta agar masa yang baik itu tiba lagi.

Ya Allah, Kau yang memegang hati-hati kami, moga Kau cucuri rahmat atas perkenalan kami.

Ya Allah, Kau yang memegang hati kami, moga Kau cucuri rahmat atas persahabatan kami.

Ya Allah, Kau yang memegang hati kami, moga Kau cucuri rahmat atas perpisahan kami.

Ya Allah, Kau yang memegang hati kami, moga Kau pelihara kami dari fitnah dunia, moga Kau pelihara kami dari kejahatan nafsu dalam diri kami, moga Kau pelihara kami dari sebarang anasir yang dapat memecahbelahkan kami.

Ya Allah, Kau yang memegang hati kami, moga Kau pegang hati-hati kami agar sentiasa bertaqwa kepadaMu, agar bersatu dalam rahmatMu, agar berkasih-sayang keranaMu, agar berukhuwah keranaMu.

Kerana apa?


Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).

[Az-Zukhruf, 43:67]

Hanya taqwa yang dapat menyelamatkan tiap persahabatan, tiap ukhuwah yang terbina. Hanya dengan taqwa yang benar-benar ikhlas demiNya akan memastikan cinta kita terus hingga ke syurga. Dan hanya taqwa yang sejati yang akan memberikan kekuatan untuk sentiasa seiring berganding dalam usaha untuk ke sana. Ke mana? Ya, ke syurgaNya. Yang mana terjatuh kita papah kembali untuk seiring bersama.